Wednesday, May 4, 2011

TANAH RUNTUH (2)

Kejadian tanah runtuh yang berlaku berpunca daripada fenomena semulajadi dan aktiviti manusia seringkali menimbulkan masalah kepada kehidupan dan alam sekitar. Bincangkan.

Pengenalan:

Kejadian tanah runtuh merupakan masalah yang sering mendapat perhatian umum. Kejadian tanah runtuh ini telah menimbulkan kesedaran akan akibat yang dialami kesan daripada kehidupan manusia.

A. Punca:

1. Semulajadi.
Jumlah taburan hujan
  • kadar penyerapan air yang tinggi selepas hujan akan menyebabkan kandungan aliran air dalam tanah menjadi banyak
  • tanah akan menjadi longgar kerana wujud ruang larian air dalam tanah - tanah menjadi lemah dan mudah runtuh
  • Pergerakan tanah berlaku di kawasan yang mengandungi kuantiti takungan atau larian air yang banyak
2. Struktur tanah
  • Kawasan tanah yang senang runtuh (sediment gegai) mempunyai risiko tinggi mengalami tanah runtuh.
  • Kadar resapan yang rendah.

3. Kecuraman dan kepanjangan cerun
- Cerun yang mempunyai kecuraman lebih daripada 20% berisiko tinggi untuk runtuh.
- Ketinggian cerun akan meningkatkan kadar halaju air yang mengalir dan menggalakkan runtuhan.

B. Kesan aktiviti manusia

4. Pembangunan di kawasan tanah tinggi
  • Pembinaan perhotelan, perumahan dan pembinaan lebuh raya secara tidak terancang.
  • Aktiviti pemotongan dan penambakan yang tidak mengambil kira faktor-faktor sudut kecuraman cerun, kekuatan tanah/batuan, darjah luluhawa, air bawah permukaan serta pengaruh litupan tumbuhan.
5. Pembalakan tanpa kawalan
  • Penebangan hutan untuk tujuan pertanian, perumahan dan sebagainya menyebabkan tanah terdedah kepada agen hakisan.
  • Struktur tanah yang longgar disebabkan tiadanya pelindung atau tanaman penutup bumi menyebabkan tanah runtuh.
C. Kesan/masalah

6. Perubahan geomorfologi
  • Penimbusan tanah yang banyak ke sesuatu kawasan akan mengubah geomorfologi kawasan tersebut.
  • Kerja-kerja pembersihan kawasan mengambil masa yang lama.
  • Kestabilan cerun runtuh perlu diperbaiki dengan menggunakan teknik penstabilan yang sesuai.
7. Banjir lumpur
  • Tiada pokok-pokok yang menyerap air menyebabkan aliran air secara langsung di permukaan tanah – banjir kilat.
  • Mengancam nyawa dan harta benda.
8. Kemusnahan hutan tanah tinggi
  • Pemusnahan hutan menyebabkan berlaku perubahan ekologi di kawasan tanah tinggi.
  • Memusnahkan kawasan tadahan air. – wujud pencemaran dan mengurangkan kualiti air bersih.
Kesimpulan:
Langkah-langkah yang sewajarnya harus diambil bagi mengatasi masalah kejadian tanah runtuh ini.

No comments:

Post a Comment